2.4.15

Ilmu dan Zikir

Ilmu dan zikir dapat memandu kita agar mempunyai ilmu untuk mengenal pasti yang mana satu perintah Allah s.w.t. yang perlu kita laksanakan dan yang mana perlu kita tinggalkan. Kita harus mencari ilmu dengan belajar dari guru-guru mursyid serta buku-buku agama terutama berkaitan fazilah sesuatu amal ibadah. Dan ilmu terbahagi kepada dua yakni ilmu masa'il dan fadha'il. Masa'il ialah kita mendapatkan guru samaada di masjid atau lain-lain tempat dan seharusnyalah guru itu yang mengamalkan sunnah wal jama'ah sementara fadha'il pula boleh kita dapati dari buku atau kitab terutama berkaitan fadhilat sesuatu amalan.

Dengan ilmu kita dapat membezakan perintah yang diutamakan, mithalnya solat sunat tahayat masjid, bila boleh dan bila tak boleh serta lain-lain amalan yang mana perlu didahulukan dan yang mana pula perlu ditinggalkan. Ini juga bermakna kita beramal seperti-mana para sahabat r. anhum beramal.

Seorang yang berilmu lebih takuti oleh syaitan berbanding seribu abid, abid ialah ahli ibadah. Begitulah sabda Nabi s.a.w. dalam hal ilmu.

Sementara zikir pula dapat menghubungkan kita kepada Allah ta'ala dan dengan berzikir kita bukan sahaja memperolehi pahala yang dijanjikan bahkan kita juga dapat menarik Rahmat Allah ta'ala. Untuk mendapatkan bantuan Allah ini kita perlu selalu berzikir.

Orang yang berzikir umpama hidup disisi Allah sementara orang yang tidak berzikir umpama mati disisi Allah. Oleh kerana itulah Saiyidina Ali k.a. hanya dengan bersaorang diri mampu menentang musuh kerana musuh yang ditentangnya itu adalah orang-orang kafir yang pastinya tidak berzikir dan sudah pasti menentang orang yang sudah mati. Dengan mudah Saiyidina Ali k.a. memenggal kepala musuhnya satu demi satu kerana bantuan Allah telah datang.

Untuk mendapatkan hakikat ilmu dan zikir ini kita kena beramal dengannya. Zikir yang paling mudah ialah;

1. Subhanallah walhamdulillah walaillahailallah Allahu akbar sebanyak 100 kali
2. Selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 100 kali dan
3. Istighfar sebanyak 100 kali

Semua zikir ini berjumlah 300 dan mesti diamalkan pada setiap hari selepas solat suboh 300 dan selepas solat asar 300.

Kemudian kita juga harus berdoa minta pada Allah sampai nangis-nangis sewaktu selesai solat tahajud minta pada Allah ta'ala agar hakikat ilmu dan zikir ini dapat Allah ta'ala campakkan kedalam hati kita.

Hakikat yang ke empat ialah 'Ikhlas Niat' dimana kita memeriksa sejauh-mana keikhlasan niat kita kepada sesuatu amalan tersebut samaada amalan sedekah maupun amal ibadat kita dengan Allah. Cara nak periksa keikhlasan  ada tiga tempat yakni periksa sebelum amalan itu dilakukan kemudian semasa amalan itu dilakukan dan akhirnya selepas amalan itu kita lakukan. Kita sendiri yang periksa keikhlasan kita itu.

Memang susah hendak periksa diri sendiri tentang keikhlasan diri sendiri, tapi apabila amalan itu berterusan barulah kita dapat membezakan amalan kita yang mana satu yang keikhlasannya mampan. Keikhlasan itulah yang disukai oleh Allah azza wajalla.

Sememangnya ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsia milik Allah. Tanpa usaha pasti tidak kemana bahkan keikhlasan itu tidak kuat dan hanya dengan meneruskan amalan sambil memeriksa di ketiga-tiga tempat barulah sedikit demi sedikit keikhlasan itu datang. Keikhlasan dating dipermulaannya tanpa mengharap ada orang puji selain Redha Allah, ia datang lagi semasa amalan sedang dilakukan tanpa menghiraukan samada dilihat orang atau tidak dan keikhlasan muncul lagi selepas amalan itu dilaksanakan.

Namun begitu keikhlasan mungkin tidak kekal dalam keikhlasan sebab ada diantara amalan yang baik itu telah disebut dengan lidah sendiri bahawa pada sekian-sekian masa dia telah melakukan amalan sekian-sekian. Pada waktu itu semua amalan baiknya itu ditolak jadi kosong. Itulah makna keikhlasan yang perlu diperiksa sebanyak tiga kali pada tiga tempat dan waspadalah terutama setelah lama amalan itu dilakukan maka syaitan menghasut agar kita menyebut amalan itu dikhalayak.

Untuk mendapatkan hakikat ikhlas niat inipun kita kena buat amalan tak kira saada ianya amalan sedekah atau amal ibadat dan jangan lupa meminta pertolongan Allah. Dalam sujud akhir solat tahajut mintalah, rayulah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan tambah dengan menangis yang betul-betul nangis. Mudah-mudahan Allah campakkan hakikat ikhlas niat ini dalam diri kita.

Tiada ulasan: