11.5.10

JUDI OH JUDI

Di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional, Malaysia telah menjadi sebuah negara judi. Inilah Islam yang diperjuangkan oleh UMNO. Islam yang menggalakan judi.
Saya tak terkejut selepas ini fatwa mengatakan industry judi di Malaysia adalah harus.
Bayangkan, jumlah RM1.7 billion ini bukan satu jumlah
yang kecil. Kalau sebuah rumah teres di Subang berharga RM200,000. Maka dengan jumah ini, kita mampu membeli 9000 biji rumah teres dua tingkat.
Secara mudahnya, wang judi di Malaysia boleh membeli 9000 biji rumah teres sehari. Begitu banyaknya wang judi yang mengalir dalam Malaysia sehari hari.
Sepanjang pemerintahan UMNO, mereka telah berjaya menggalakan industry judi sehingga mencecah ribuan juta SEHARI.
Padahal, di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia. Kalau UMNO tidak hormat Islam pun, seharusnya mereka menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Apa akan jadi pada masa depan Islam dan Melayu di Malaysia, saya pun tak tau. Malaysia kelak akan dikenali sebagai “Darul Judi”.
Berbanggalah kamu wahai penyokong UMNO. Kamu telah berjaya mencipta industri judi yang maju di dunia.

Tiada ulasan: