24.6.15

Hhhh

Share webpage:Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku..Maksudnya Apa ??? http://halhaldunia.blogspot.com/2015/04/ibuku-isteriku-bapaku-suamikumaksudnya.html?m=1 ——by @UC Browser

2.4.15

Ilmu dan Zikir

Ilmu dan zikir dapat memandu kita agar mempunyai ilmu untuk mengenal pasti yang mana satu perintah Allah s.w.t. yang perlu kita laksanakan dan yang mana perlu kita tinggalkan. Kita harus mencari ilmu dengan belajar dari guru-guru mursyid serta buku-buku agama terutama berkaitan fazilah sesuatu amal ibadah. Dan ilmu terbahagi kepada dua yakni ilmu masa'il dan fadha'il. Masa'il ialah kita mendapatkan guru samaada di masjid atau lain-lain tempat dan seharusnyalah guru itu yang mengamalkan sunnah wal jama'ah sementara fadha'il pula boleh kita dapati dari buku atau kitab terutama berkaitan fadhilat sesuatu amalan.

Dengan ilmu kita dapat membezakan perintah yang diutamakan, mithalnya solat sunat tahayat masjid, bila boleh dan bila tak boleh serta lain-lain amalan yang mana perlu didahulukan dan yang mana pula perlu ditinggalkan. Ini juga bermakna kita beramal seperti-mana para sahabat r. anhum beramal.

Seorang yang berilmu lebih takuti oleh syaitan berbanding seribu abid, abid ialah ahli ibadah. Begitulah sabda Nabi s.a.w. dalam hal ilmu.

Sementara zikir pula dapat menghubungkan kita kepada Allah ta'ala dan dengan berzikir kita bukan sahaja memperolehi pahala yang dijanjikan bahkan kita juga dapat menarik Rahmat Allah ta'ala. Untuk mendapatkan bantuan Allah ini kita perlu selalu berzikir.

Orang yang berzikir umpama hidup disisi Allah sementara orang yang tidak berzikir umpama mati disisi Allah. Oleh kerana itulah Saiyidina Ali k.a. hanya dengan bersaorang diri mampu menentang musuh kerana musuh yang ditentangnya itu adalah orang-orang kafir yang pastinya tidak berzikir dan sudah pasti menentang orang yang sudah mati. Dengan mudah Saiyidina Ali k.a. memenggal kepala musuhnya satu demi satu kerana bantuan Allah telah datang.

Untuk mendapatkan hakikat ilmu dan zikir ini kita kena beramal dengannya. Zikir yang paling mudah ialah;

1. Subhanallah walhamdulillah walaillahailallah Allahu akbar sebanyak 100 kali
2. Selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 100 kali dan
3. Istighfar sebanyak 100 kali

Semua zikir ini berjumlah 300 dan mesti diamalkan pada setiap hari selepas solat suboh 300 dan selepas solat asar 300.

Kemudian kita juga harus berdoa minta pada Allah sampai nangis-nangis sewaktu selesai solat tahajud minta pada Allah ta'ala agar hakikat ilmu dan zikir ini dapat Allah ta'ala campakkan kedalam hati kita.

Hakikat yang ke empat ialah 'Ikhlas Niat' dimana kita memeriksa sejauh-mana keikhlasan niat kita kepada sesuatu amalan tersebut samaada amalan sedekah maupun amal ibadat kita dengan Allah. Cara nak periksa keikhlasan  ada tiga tempat yakni periksa sebelum amalan itu dilakukan kemudian semasa amalan itu dilakukan dan akhirnya selepas amalan itu kita lakukan. Kita sendiri yang periksa keikhlasan kita itu.

Memang susah hendak periksa diri sendiri tentang keikhlasan diri sendiri, tapi apabila amalan itu berterusan barulah kita dapat membezakan amalan kita yang mana satu yang keikhlasannya mampan. Keikhlasan itulah yang disukai oleh Allah azza wajalla.

Sememangnya ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsia milik Allah. Tanpa usaha pasti tidak kemana bahkan keikhlasan itu tidak kuat dan hanya dengan meneruskan amalan sambil memeriksa di ketiga-tiga tempat barulah sedikit demi sedikit keikhlasan itu datang. Keikhlasan dating dipermulaannya tanpa mengharap ada orang puji selain Redha Allah, ia datang lagi semasa amalan sedang dilakukan tanpa menghiraukan samada dilihat orang atau tidak dan keikhlasan muncul lagi selepas amalan itu dilaksanakan.

Namun begitu keikhlasan mungkin tidak kekal dalam keikhlasan sebab ada diantara amalan yang baik itu telah disebut dengan lidah sendiri bahawa pada sekian-sekian masa dia telah melakukan amalan sekian-sekian. Pada waktu itu semua amalan baiknya itu ditolak jadi kosong. Itulah makna keikhlasan yang perlu diperiksa sebanyak tiga kali pada tiga tempat dan waspadalah terutama setelah lama amalan itu dilakukan maka syaitan menghasut agar kita menyebut amalan itu dikhalayak.

Untuk mendapatkan hakikat ikhlas niat inipun kita kena buat amalan tak kira saada ianya amalan sedekah atau amal ibadat dan jangan lupa meminta pertolongan Allah. Dalam sujud akhir solat tahajut mintalah, rayulah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan tambah dengan menangis yang betul-betul nangis. Mudah-mudahan Allah campakkan hakikat ikhlas niat ini dalam diri kita.

19.3.15

Lulus rang undang-undang kanun Jenayah Syariah

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini (19/3/2015), meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Hudud-Kelantan

Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.

Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum ini, Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali hukum hudud, qisas dan takzir, tertangguh pelaksanaannya lebih 20 tahun selepas ia diluluskan DUN Kelantan pada 1993 kerana kekangan dari segi perundangan.
Usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan kanun berkenaan menempuh pelbagai kontroversi terutama tentangan daripada orang bukan Islam khususnya DAP iaitu rakan PAS dalam pakatan pembangkang.

Semalam, parti Gerakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

Beberapa pindaan dibuat pada kanun berkenaan iaitu ia hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka.

Pindaan turut dibuat pada Seksyen 15(2) kanun tersebut dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.

Pindaan lain adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan penukaran kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya Kehakiman Negeri yang belum wujud.

Pindaan turut dilakukan pada struktur ayat untuk disesuaikan dengan undang-undang sedia ada.

Kanun ini juga menyediakan peruntukan untuk kesalahan hudud dan hukuman bagi tujuh kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina, liwat, qazaf, syurb (minum arak) dan irtidad (murtad).

Antara hukuman yang diperuntukkan di bawah kanun itu adalah bagi kesalahan mencuri kali pertama, pesalah akan dipotong tangan kanan, kesalahan kali kedua dipotong tangan kiri dan kesalahan kali ketiga pula dipenjara tidak melebihi 15 tahun.

Bagi kesalahan merompak, pesalah boleh dihukum bunuh atau disalib, dihukum bunuh jika mangsa dibunuh tetapi hartanya tidak diambil dan dipotong tangan kanan dan kaki kiri jika harta sahaja diambil.

Kesalahan qazaf pula, pesalah boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali dan minum arak pula, sebatan tidak lebih 80 kali dan tidak kurang 40 kali.

Selain itu, bagi kesalahan zina, pasangan yang berkahwin boleh direjam sehingga mati manakala belum berkahwin boleh disebat 100 kali dan pejara setahun.

Bagi kesalahan murtad pula, mesti bertaubat dalam tempoh tiga hari dan jika enggan, boleh dihukum bunuh.

Rang Undang-Undang itu yang sepatutnya dibentangkan pada persidangan dewan Disember tahun lepas telah ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda Kelantan

Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub kemudiannya menangguhkan sidang DUN kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. –BERNAMA


5.3.15

30 amanat imam syafie

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik.


30_Wasiat_Imam_Syafie

Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram.

Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 Wasiat Imam Syafie

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
  27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
  28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
  29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
  30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

20.2.15

Rehat sat na

 Aku memang dah lama tak update blog, disebabkan kesibukan masa ... ditambah pula dengan suasana politik semasa yang aku sendiri rasanya malas nak ambil pusing, biarlah kepada mereka-mereka yang lebih berautori melaksanakannya... Rasa sedih dengan pemergian murabbi kesayangan semua umat Islam masih lagi terasa, namun ada satu buat tangan yang beliau tinggalkan perlu diambil perhatian oleh semua umat islam yang ingin mengikut sunnah nabi... Kalau rasa nak ikut,ikut le kalau tak mau  ikut tu ikut suka hampa le,

30.12.14

Bencana Akhir Zaman Terjadi Jika 15 Perkara Ini Sudah Dilakukan


PENJELASAN Rasulullah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dengan pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat Imam Atturmudzi, dan yang menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yang menerangkan tentang bencana. Ketika dia metafsirkan hadis ini beliau memberi judul “Lima Kedurhakaan / Kemaksiatan yang Dapat Menyebabkan Datangnya Bencana.”
Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahwa Rasulullah telah bersabda : “Bilamana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka.” Sahabat bertanya., “Apa 15 perkara itu ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Bala akan datang bilamana :

1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) di kalangan orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan.
3. Apabila zakat dijadikan hutang.
4. Bala akan datang bilamana suami menurut kemauan isteri.
5. Anak durhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)
7. Menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid
9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.(banyaknya pemimpin yang dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri).
10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatannya.
11. Khamer / arak (minuman beralkohol) sudah diminum segala tempat.
12. Kain sutra banyak digunakan oleh kaum laki-laki.
13. Penyanyi disanjung-sanjung.
14. Musik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni para sahabat radiallahu anhum ajmain.

Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah : “Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yang lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.”

27.12.14

Sama-samalah kita bermuhasabah

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu seluruh rakyat supaya menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia.
  
Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.
  
"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.
  
"Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," titah baginda dalam teks yang diedarkan kepada media di sini, hari ini.
  
Baginda juga mahu rakyat agar tidak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekeruhan terhadap musibah yang berlaku itu. 
  
"Janganlah ada dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak sensitif dan ingin menangguk di air keruh dengan menyebarkan berita-berita yang boleh menambahkan kekeruhan dan kekusutan," titah baginda.
  
Titah baginda ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri.
  
Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan ALLAH itu dengan penuh berlapang dada.
  
"Banjir yang berlaku ini adalah sebahagian daripada qada dan qadar ALLAH.  Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda. - Bernama