Cuba setiap seorang dari kita yang bergelar ibu dan bapa membayangkan kita berada di situasi bu dan bapa Allahyarham Aminulrashid yang ‘ ditembak’ atau ‘tertembak ‘ oleh polis yang bertugas di kereta peronda polis di Seksyen 11 kira-kia jam 2 pagi 26 April lalu` Jawapannya secara jujur tentunya kita berasa amat sedih atas kehilangan anak yang sudah berusia 15 tahun itu, setiap hari bangun dari tidur jika pun dapat melelapkan mata, wajahnya akan terbayang apa yang dibuatnya setiap pagi bersiap ke sekolah, sarapan dengan ibubapa dan keluarga, senyuman dan tawanya semuanya akan membuatkan hati kita sayu an bertambah sayu lagi bila ada orang yang bertanya khabar.
Bukan sahaja sayu malah berasa sedih yang amat sangat jika ada yang memperkatakan perkara tidak baik tentangnya, perkara yang tidak diketahui kebenarannya kerana Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah, kembali buat selamanya. Duka Nestapa juga tetap akan menyelebungi bukan sahaja ibu bapa, ahli keluarga yang lain dan rakan taulan yang mengenali Allahyarham bila kematiannya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya malah diperkatakan hal yang tidak ada kaitan pula.
Malaysia seperti juga negara-negara maju yang lain mempunyai banyak tempat yang di buka 24 jam. Bukanlah isu untuk orang lain menasihatkan ibubapa meningkatkan pengawasan anak remaja terutama apabila mereka keluar rumah selepas waktu tengah malam’. Isunya kena dan apakah yang menyebabkan beliau ditembak, alasan tidak mahu berhenti bukanlah satu alasan yang dapat diterima untuk menembak seseorang oleh setiap anggota polis.
Dalam usia begitu mungkin beliau takut dan lain-lain yang bermain di kepalanya. Beliau memecut lari dan membelakangkan dirinya dan tidak sama sekali menggunakan senjata yang boleh membahayakan nyawa anggota polis. Perlukah Allahyarham di tembak?.
Inilah persoalan yang berada disetiap kepala Insan yang perihatin dan mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia. Bukan hendak campur tangan atas siasatan polis. Siasatlah seberapa banyak yang mahu tetapi harus diingat RAKYAT memerhati tindak tanduk kita dan siasatan yang bakal diumumkan. Dalam beberapa Blog Rakyat mencurahkan rasa marah kepada polis dan Institusi ini, Jangan sekali-kali memandang remeh curahan perasaan rakyat, jangan sekali-kali memandang ringan pandangan rakyat dan jangan sekali-kali mencari alasan yang membuatkan RAKYAT marah.
Disebalik RAKYAT menghargai jasa dan khidmat polis kepada mereka dan negara ini tetapi mereka dalam masa yang sama menuntut keadilan yang sewajarnya dalam kes menembak Allahharyam Aminulrashid.
pegawai Penguasa PBB atau “United Nations Code of Conduct for law enforcement officials,Artikel 9 dan 10 menyebut ‘PEGAWAI PENGUATKUASA KENA KENAL DIRI, BAGI AMARAN JIKA HENDAK GUNA SENJATA API, JIKA BAHAYAKAN NYAWA ANGGOTA ATAU ORANG AWAM BARU BOLEH GUNAKAN SENJATA API”
Di Malaysia pula akta 593 Kanun Acara Jenayah atau “Criminal Procedure Code”di bawah sek. 15 (3) dibawah akta 593, menyebut “ Tidak ada apa-apa dalam seksyen ini memberi hak untuk menyebabkan kematian seseorang yang tidak dituduh dengan kesalahan yang boleh di hukum mati atau penjara seumur hidup”.
Sebagai seorang yang menulis demi kepentingan rakyat, maka saya rasa bertanggungjawab untuk menyebut perkara-perkara diatas supaya penghargaan Rakyat kepada anggota polis tetap di junjung sepanjang masa dan Insiden yang berlaku kepada Allahyarham Aminulrashid tidak akan berulang lagi.
Untuk tidak menyalahakan anggota polis, pengetahuan tentang bila mereka harus dan boleh menggunakan senjata api yang boleh membawa maut kepada orang yang ‘dikejar’ mereka haruslah diberi penerangan secukupnya.
Mereka telah dilatih untuk menambak tepat, jika berasa ragu-ragu bahawa tembakan mereka adakah boleh membawa maut dan sebagainya, maka jalan yang paling baik, amalan mengamalkan Akta diatas harus diterapkan dengan sebaiknya. Lagi pula mangsa yang dikejar lari membelakangkan diri dan tidak boleh mebahayakan nyawa anggota polis berkenaan dan membalas tembakan.
Pengumuman laporan yang tulus dan sebenarnya haruslah dibentangkan kepada Kerajaan dan Rakyat demi Kredibiliti pasukan polis negara yang telah banyak berjasa kepada Rakyat dan Negara. Sesungguhnya semua pihak harus menunggu laporan itu tanpa membuat sebarang Spekulasi.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara ikhlas berjanji tidak akan ada “Cover-up’ dalam kes ini dan kita harus yakin dan percaya kepada beliau yang amat prihatin tentang kes ini malah Kabinet turut mengucap Takziah kepada keluarga Allahyarham.
Kita juga berharap tidak ada pihak-pihak tertentu cuba menggunakan isu ini demi agenda politik. Iklaslah semua orang dalam menuntut keadilan demi kasih sayang kita kepada anak-anak kita . ALFATIHAH Buat adik Aminulrashid dan Simpati saya yang mendalam kepada Ibu bapa Allahyarham dan Keluarga. Moga ROH Allahyarham di Cucuri Rahmat. ALLAH SAW juga lebih menyanyangi Allahyarham dan kes beliau tetap akan ada HIKMAHnya demi kebaikan dan keadilan kepada Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan