Ayah, apa sekular tu?', anak ku bertanya hehe. 'Sekular tuh maksud dia, mengasingkan agama dan politik! mcm orang sekarang buat laa'. Aku memberi penerangan dengan emosi yang nampak terganggu. Bukan kerana dek soalan tetapi kerana isi jawapan yang akan dijawab terhadap soalan tersebut." Sekular itu jika di fahamkan mengikut terjemahan bahasanya dan fahaman politik". Sekular= pemisahan di antara agama dan pentadbiran/politik.
Sekarang, walaupun masih mengiyakan tafsiran sedemikian tapi pengalaman dan pengisian yang datang selepasnya mematangkan diri. Sekular=pemisahan diri daripada melihat agama sebagai universal bukan sahaja pada ibadat khususnya tapi pada setiap kehidupan diri. Seringkali muslim menekankan kesungguhan dan kesempurnaan pada ibadat khusus tetapi melupakannya pada amal-perbuatan keduniaan yang lain. Solat dan bacaan quran hebat tetapi gerak kerjanya ala kadar, pakaiannnya tidak terurus, ketepatan masa amat lemah dan lain. Inilah yang membuatkan diri si muslim tersebut lebih terkebelakang daripada orang yang tidak beriman yang gerak kerjanya terbaik. Allah akan sentiasa memberikan sesuatu mengikut sunnatuLLah(Law of nature-Law of Life).
Diri yang dulunya mencela2 pengamal sekular, rupanya2 termasuk sekali di dalam golongan ini. Astaghfiru LLah. Ya Allah ampun daku dan tunjukkan daku jalan kebenaran dan istiqamahkan daku diatasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan