Kepada sahabat-sahabat bukan Islam, mungkin maklumat ini boleh menjelaskan secara ringkas apakah itu hudud.
Satu penjelasan yang baik dan mudah difahami ditulis oleh Prof Madya Datin Dr Paizah Hj Ismail (pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, UM. Isteri kepada Prof Dr Datuk Paduka Hj Mahmood Zuhdi) dalam buku yang bertajuk HUDUD: HUKUM DAN PELAKSANAANNYA. Antara lain beliau menerangkan, hudud perlu difahami dengan:
1. Hanya dilaksanakan apabila melibatkan pencerobohan terhadap lima asas darurat iaitu apabila ada pencerobohan terhadap kesucian agama Islam, kesejahteraan akal, maruah, keturunan, keselamatan harta benda, negara dan berkaitan. Hanya kesalahan dalam masalah itu akan dikenakan hudud dan dikenali sebagai jenayah hudud! (TGNA kata hanya di Kelantan dan pada orang Islam sahaja - secara automatiknya adalah Melayu)
...
2. Menurut Abdul Qadir Audah dalam kitabnya Tasyri' al-Jinai al-Islami, jilid 2, ms 345:
"Hanya jenayah tertentu sahaja boleh dikategorikan sebagai 'jenayah hudud'. Ia tidak akan berubah mengikut peredaran masa kerana telah ditentukan sendiri oleh syariat Islam, iaitu melalui al-Quran dan sunnah."
Menurut jumhur ulama fiqh, kesalahan-kesalahan jenayah yang dikategorikan sebagai 'jenayah hudud' adalah:
1. Murtad.
2. Minum arak.
3. Mencuri.
4. Merompak.
5. Berzina.
6. Menuduh zina.
7. Memberontak.
Pandangan saya, mengikut kategori di atas saya tidak faham mengapa Karpal Sigh (DAP dan termasuk bulan Islam lain yang tidak faham) takut sangat dengan hudud yang dikhususnya untuk orang Islam!? Lebih saya tidak faham, bagaimana mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang dan melakukan semua amalan agama yang lain malah mati juga ditanam dalam kubur orang Islam tidak boleh menerimanya!
Benarlah kata-kata hukama(ahli hikmah): An-Nas a'ada ala ma jahilu. Maksudnya: Manusia akan bermusuhan dengan apa yang dia tidak tahu (faham)!
Semoga mendapat sedikit pencerahan dan tidak takut kepada hukum hudud melainkan anda sudah melakukan dosa-dosa (jenayah) di atas!
Wallahualam.
Rujukan: Paizah Hj Ismail, Prod Madya Datin Dr. (2008). Hudud; Hukum & Pelaksaan. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan