Anda berduka.
Saraf mengirim impuls lalu otak mengarahkan kelenjar lakrimal bertindak.
Air mata pun dirembeskan. Jadi,
yang membuatkan anda menangis ialah otak,
yakni setelah organ itu menterjemahkan isyarat impuls.
Benarkah?
Otak, materi yang terbentuk oleh sel lipid dan molekul protein; bahagian daripada jasad, seperti juga mata, kulit, jantung, daging; yang akan luluhnya mata, kulit, jantung, daging.
Perdebatan falsafah ini sudah terlalu lama.
Sejak hujah Plato dibantah.
Dan dunia sains yang berakarkan materialisme terbius bingung,
merumus-rumus formula tentang nyawa, tentang otak.
Rumus yang tak kan terbinakan,
tak kan terlawankan kuasanya Tuhan,
bahawa hakikat kejadian insan diiringi roh,
entiti supramateri daripada Allah al-Musawwir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan