5.10.11

Wali Fasiq.

          Persoalannya..., kebanyakkan Wali Fasiq ini berpaksikan kepada aliran parti politik   


         Lu orang fikirlah sendiri....
Wali fasik Anak juga fasik.

Wali yang tidak dibiasakan dengan amalan baik lazimnya akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh sebab itu, mana-mana ibu bapa yang ada anak perempuan eloklah membuat persiapan awal dengan bertaubat.

Bukan tunggu hari hendak diakadnikahkan anaknya. Pada masa yang sama didiklah anak agar menjadi anak solehah dan isteri solehah. Semua ini penting sebelum terjadikan ikatan perkahwinan kerana biasanya orang fasik akan lupa banyak perkara, antaranya:

1. Lupa agama:
Mereka cuai dalam soal solat lima waktu, apabila malas dan sibuk, solat boleh ditinggalkan begitu sahaja. Malah dalam soal tauhid sesekali akan berlaku pula syirik setidak-tidaknya syirik khafi.

2. Lupa adab:
Mereka ini sudah tidak ambil kisah soal adab sopan. Tidak tahu bagaimana menghormati orang lain termasuk ibu bapa. Pergaulan dengan manusia banyak mengikut budaya Barat.

3. Banyak dosa:
Mereka ini memandang dosa seperti lalat singgah di atas hidung sahaja. Mereka tidak rasa serius untuk menolaknya.

Jika dalam keadaan ini mereka berkahwin juga, walaupun beristighfar banyak kali dilakukan belum tentu amalan buruk itu boleh dibuang daripada dirinya. Mungkin ketika itu semua dosa sudah diampunkan tetapi kesan dosa lama sukar dibuang daripada hati. Jadi, usaha di atas perlu dilakukan bagi menyelamatan perkahwinan anak-anak mereka.

Tiada ulasan: