Sebelum ini semua diantara kita tahu apa langkah-langkah yang diambil
polis sebelum sebarang perhimpunan jalanan atau perhimpunan haram
berlangsung. Polis mengambil tindakan mencegah atau menghalang.
Banyak pihak sebelum ini mengkritik polis atas tindakan pencegahan dan
halangan yang dilakukan. Ada yang kata kerana polis buat begitulah
membuatkan peserta-peserta perhimpunan haram menjadi semakin ganas.
Menyusahkan orang ramai dan macam-macam lagi. Pembangkang pula menuduh
kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yang betul dan bermacam-macam
tuduhan lain lagi.
Sebelum ini undang-undang yang ada menyatakan sebarang perhimpunan yang
melebihi 5 orang perlu mendapat permit polis terlebih dahulu. Banyak
pihak mengatakan itu undang-undang lapuk dan sebagainya.
Mengambil kira semua pandangan selaras dengan dasar transformasi yang
dibawa oleh PM, lalu dibentanglah rang undang-undang perhimpunan aman.
Jika dulu pembangkang berkata dan membuat macam-macam tuduhan buruk
kepada kerajaan apabila perhimpunan mereka dihalang. Tetapi sewaktu rang
undang-undang perhimpunan aman hendak diluluskan mereka lari keluar Dewan Rakyat.
Oleh kerana rang undang-undang perhimpunan aman telah diluluskan maka
polis membenarkan perhimpunan bersih 3 diadakan tanpa sebarang halangan
ditempat-tempat yang telah dinyatakan dalam undang-undang tersebut.
Untuk pengetahuan anda semua, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam
tempat yang dibenarkan untuk berhimpun dalam rang undang-undang
tersebut.
KDN dan polis mengambil langkah yang cukup berhemah dan berlembut dengan
penganjur bersih atas semangat rang undang-undang yang baru diluluskan
itu. Jika KDN dan polis tidak memberi kerjasama kerajaan akan dituduh
cakap tidak serupa bikin pula.
Menteri sendiri menawarkan Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil
kepada penganjur serta polis pula berjanji akan membantu untuk
memastikan perhimpunan berjalan lancar. Tetapi semua itu dibakul
sampahkan oleh penganjur dan mereka tetap berkeras untuk adakan di
tempat yang tidak dibenarkan.
Akhirnya apa yang berlaku semalam, kesalahannya diletakkan kepada
kerajaan dan polis. Penganjur yang keras kepala lepas tangan. Dalam
banyak-banyak perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang sebelum ini,
perhimpunan semalam adalah yang paling ganas selepas perhimpunan hari
Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 14 April 1999.
Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Semalam
adalah ujian pertama kepada polis selepas rang undang-undang perhimpunan
aman diluluskan beberapa bulan lepas. Melihat kepada apa yang berlaku
semalam nampaknya undang-undang lama lebih baik lagi.
Terang-terangan usaha baik kerajaan untuk membenarkan perhimpunan telah
disalahgunakan oleh puak-puak lahanat tersebut untuk menimbulkan
kekacauan dan huru-hara. Madu yang diberi tuba yang dibalas.
Selama dua minggu polis memberi muka dan bersabar kepada puak-puak
lahanat tersebut . Tetapi makin diberi muka mereka makin naik toncang.
Bermula dengan perhimpunan anti PTPTN pada 14.April.2012. Mereka
berhimpun depan Sogo, kemudian berarak ke Dataran Merdeka sehingga
sehingga menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Polis
bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam.
Kemudian mereka nak berkhemah di Dataran Merdeka. Polis tidak masuk
campur, hanya DBKL sahaja.
![]() | |||
Bas PDRM disekat dan anggota dimaki. Sabtu 12.30 malam |
Sabtu 28 April 2012, seawal jam 12.01 tengah malam mereka mula berkumpul
dan buat huru-hara berdekatan Dataran Merdeka sehingga jalan raya
menjadi sesak. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu
dituduh zalim dan menghalang hak rakyat.
Sejak jam 6.30 pagi Sabtu saya berada di sekitar kawasan Pudu Raya,
Petaling Street dan Pasar Seni untuk melihat dengan mata sendiri apa
yang akan terjadi pada hari tersebut. Seawal jam 7 pagi peserta-peserta
demo sudah tiba dengan memakai baju kuning dan hijau . Kebanyakan mereka
tiba dengan bas di Pudu Raya dan LRT di Stesen Pudu.
![]() |
Simpang Kota Raya-Jalan Sultan |
Jam 10 pagi mereka sudah mula berkumpul tepi jalan sekitar Jalan Sultan
dan bangunan Kota Raya. Kemudian mereka berkumpul ditengah-tengah jalan
raya sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas termasuklah bas-bas yang
keluar masuk Pudu Raya. Sedangkan mereka kata perhimpunan akan bermula
jam 2 petang.
Jam 11 pagi mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
berarak sambil menjerit-jerit mengikut laluan yang ditetapkan dan akan
bertembung kembali di Dataran Maybank.
Keadaan lalu lintas tidak terkawal apabila mereka membuat halangan atas
jalan raya, dan tutup jalan sesuka hati mereka. Manakala peniaga-peniaga
mula tutup kedai. Mereka buat seperti mak bapak mereka punya jalan.
Mereka boleh ishtihar mereka berhimpun secara aman. Tetapi mereka tak
sedar yang tindakan mereka berarak sana sini telah menimbulkan kekacauan
lalu lintas. Apabila satu jalan mula sesak, selepas itu kesesakan akan
berantai-rantai sehingga ke jalan-jalan lain dan akhirnya semua jalan
masuk ke pusat bandar sesak dan berantai-rantai pula ke pinggir bandar.
Akhirnya polis yang akan dimarahi orang ramai kerana tidak mengawal lalu
lintas. Sedangkan arahan polis puak-puak lahanat tidak patuh.
![]() |
Depan Menara Maybank |
Sepanjang berada disana saya perhatikan setiap kali kenderaan polis lalu
mereka akan sorak dan maki. Termasuklah kepada helikopter polis yang
sedang memantau dari udara. Itu pun mereka sorak dan maki juga. Gilakan
?
Jam 12 tengahari mereka mula naik sheh apabila ada pemimpin-pemimpin
mereka mula tiba dan berucap di Dataran Maybank. Jam 1 tengahari mereka
semakin menggila dan keadaan semakin tidak terkawal. Bimbang sesuatu
yang buruk berlaku saya bergerak ke arah Pasar Seni . Di depan Bangkok
Bank saya lihat gerombolan peserta demo berarak sambil menjerit-jerit.
Unit amal Pas yang berbaju merah berada di barisan hadapan sambil meniup
wisel dan menjerit-jerit supaya memberi laluan. Rupa-rupanya Ambiga
yang berada dalam gerombolan tersebut untuk menuju ke Dataran Merdeka.
Lebih kurang sejam disana, tiba-tiba unit amal Pas mengeluarkan arahan
supaya bergerak ke Dataran Maybank dan tunggu arahan selanjutnya.
![]() |
Jihad ! unit amal yang menjadi benteng mengawal Ambiga. |
Disana keadaan juga peserta-peserta demo menggila. Tiba-tiba mata dan
hidung terasa pedih kena gas pemedih mata yang dibawa angin. Tekap muka
dengan tuala basah. Dua malam boleh tidur lena. Selesai masalah resdung
saya apabila kena gas pemedih mata.
Melalui sistem BBM, rakan yang berada di Dataran Merdeka memaklumkan
polis mula melepaskan pemedih mata setelah peserta-peserta demo mula
bertindak ganas dengan membuka halangan masuk ke Dataran Merdeka selepas
disuruh Anwar dan Azmin.
Semuanya kerana lampu hijau dari Anwar dan Azmin. Bagi peserta-peserta
demo biasa atau pun yang bukan totok Pas dan PKR mereka mula bersurai
selepas gas pemedih mata dilepaskan. Termasuklah orang-orang cina yang
sebelum itu begitu ramai.
![]() |
Amiga dikawal rapi petugas parti islam yang tiada maruah |
Dari tengah malam sebelumnya hinggalah ke tengahari polis bersabar
kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam, walaupun mereka dicaci dan
dihina. Tetapi apabila dibiarkan mereka makin menjadi-jadi.
Apabila mereka dah naik ke kepala, apakah polis masih nak biarkan mereka bertindak ganas ?
Setelah lebih 12 jam polis beri muka dan bersabar dengan mereka, adakah
menjadi kesalahan untuk polis bertindak selepas mereka mula mengganas ?
Pernahkah kita semua terfikir bagaimana seksanya polis dengan pakaian
yang dipakai, dengan cuacanya , dengan makan minum yang tidak tahu
kemana, dengan tidurnya yang tak tahu kemana , nak buang air pun susah.
Kemudian dimaki dan dihina pula. Walaupun mereka polis tetapi mereka
juga manusia seperti kita.
![]() |
Anggota polis sedang dimaki dan dicaci |
Setiap kali mereka melaung-laungkan perkataan polis anjing darah saya
akan berderau hingga ke kepala dan bulu roma saya akan meremang. Kalau
kita yang bukan polis pun boleh begitu, apakah perasaan orang yang
dilemparkan kata-kata begitu ?
Apabila mereka kalah undi Pos mereka kata SPR yang memanipulasi undi
berkenaan. Mereka tidak pernah sedar yang tindakan-tindakan bodoh mereka
itu membuatkan polis tidak mahu mengundi mereka.
Kesimpulannya apa yang saya nak kata bahawa, langkah-langkah pencegahan
dan halangan yang diambil oleh polis kepada perhimpunan-perhimpunan
haram sebelum ini adalah satu langkah yang tepat. Puak-puak lahanat itu
memang tidak boleh diberi muka dan peluang kerana mereka memang jenis
manusia yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi.
London 2011 |
Sebagai penutup saya ingin mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada polis diatas kerja keras dan
kecekapan mereka semalam. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan dalam tugas mereka semalam, sebagai rakyat kita pakat-pakat maafkan mereka.
Kita kena ingat bahawa amanah yang dipikul mereka lagi besar berbanding jika ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan.
Jika anda lihat ada blog-blog pembangkang tunjuk gambar perusuh dipukul
polis, itu perkara biasa bagi mana-mana polis dalam dunia ini apabila
berdepan dengan perusuh. Tidak ada polis dalam dunia ini yang berhadapan
dengan perusuh seperti pakar kaunseling berdepan dengan orang yang
mendapatkan khidmatnya.
Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada
pembangkang kerana telah menggali lubang kubur mereka sendiri semalam,
dan kubur-kubur yang digali semalam akan diisi dengan jenazah mereka
sendiri pada malam keputusan PRU 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan