Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk
menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya
menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk
ketahanan nasional melalui kestabilan politik. Tun Abdul Razak dikenali
sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam
pembangunan kebangsaan dan luar bandar.
Allahyaraham Tun Abdul Razak
merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk
kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa
Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali
beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein
bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia
sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.
Asal Usul
Pendidikan
awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu
Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat
Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih
kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan
kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura.
Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force
136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.
Pada
tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan
biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk
melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England.
Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada
Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun
1950. Sewaktu di England,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's
Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih
sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang
dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi
kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu,
beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam
masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin
pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang
menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang
telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa
yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan
perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun
1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai
Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. Pada tahun
1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan
Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.
Kerjaya
perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula
pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan
bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat
sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.
Kemenangan
Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran,
Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting
sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang
intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa
yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini
Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Peranan Dan Sumbangan
Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat
dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan
pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri
Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan
dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina
dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak,
melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang
bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang
ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Apabila
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada
tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan
kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang
moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila
dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan
anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat',
iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan
tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga
melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin
keselamatan rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu
tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan'
apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10
tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar
bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan
penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan
produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan
pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar
hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk
merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara,
yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1
Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan.
Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan
untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Di arena antarabangsa
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia
yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok
1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara
Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari
selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen
dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Membangunkan Malaysia
Walau
bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang
paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan,
kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan
negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari
1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar
masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh
itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan
taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974)
serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini
benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman
UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke
22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke
peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum.
Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan
orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun negara.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang
dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang
menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan
ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:
· Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
· Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.
Di
era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan
sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima
tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun
telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif
dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan
Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Rancangan
Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa
ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.
Antara
institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land
Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan
mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini
sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling
besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.
Pemimpin yang berjiwa rakyat
Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa
rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke
kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat
bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir
Melayu.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970.
Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni
ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.
Era
kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya,
sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara
komprehensif dan pragmatik.
Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia
melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan
benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan
buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang
bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati
hari ini.
Keistimewaan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
adalah seorang pemimpin yang peka terhadap masalah-masalah yang dialami
rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang
pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul
Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui
sistem `Bilik Gerakan'. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang
pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan
dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi
perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada
pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa
Pembangunan Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia
dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang
berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia
haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya
yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam
Pahlawan, Masjid Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan