28.4.13

Untuk dunia Akirat




MANDI WAJIB

Ada enam perkara yang mewajibkan mandi, iaitu:
1.Haid.
2.Nifas.
3.Keluar mani sama ada sengaja atau tidak.
4.Wiladah(melahirkan anak).
5.Jimak.
6.Mati(bukan mati syahid yakni mati dalam membela agama islam).

Rukun Mandi Wajib.
1.Niat di dalam hati ketika membasuh bahagianyang pertama dari tubuh badan.Melafazkanniat dengan lisan adalah sunat.
2.Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk celah-celah anggota badan sepertiseperti ketiak,celah telinga,celah peha,celahjari dan segala rambut serta bulu di badan.Tayammum.Tayammum ialah menggantikan wuduk atau mandi junub untuk mengharuskan seseorang itu melakukan solat,tawaf dan menyentuh Al-Quran.Tayammum hanya diharuskan apabila ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air atas sebab keuzuran.

Syarat Tayammum
1.Sakit yang sangat kuat menyebabkan tidakboleh kena air.
2.ketiadaan air setelah berusaha mencarinya atauada air yang mencukupi untuk diminum sahaja.
3.Uzur menggunakan air pada anggota-anggotawuduk seperti muka,tangan dan kaki keranaluka atau berbalut.
4.Telah masuk waktu solat fardu.
5.Menggunakan debu tanah yang suci.
6.Sekali bertayammum hanya untuk satu solatfardu sahaja.

Rukun Tayammum.
1.Niat tayammum untuk mengharuskan solat ataumenyentuh Al-Quran semasa memindahkantanah ke muka.
2.Menepuk dan memindahkan debu yang suci kemuka dan meratakannya.
3.Menepuk dan memindahkan debu yang sucike dua belah tangan hingga ke siku danmeratakannya.
4.Tertib.

Perkara yang membatalkan tayammum.
1.Tiap-tiap perkara yang membatalkan wudukmembatalkan tayammum.
2.Ada air sebelum memulakan solat tersebut.
3.Sembuh daripada keuzuran.

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

Perkara-perkara sunat dalam solat terbahagi dua,iaitu:

1.Sunat haiah.
2.Sunat Ab’adh.Sunat’ Ab’adh jika ditinggalkan hendaklahkita lakukan sujud sahwi,manakala sunat haiah tidak memerlukannya.

Sunat haiah ada 14 perkara.
1.Mengangkat tangan dengan kedua tapak tangan dan menghadap kiblat ketika takbiratul ihram,rukuk,iktidal dan ketika bangun daripada rakaat kedua.
2.Meletakkan perut tapak tangan di atas tangan kiri dan diletakkan di bawah dada.
3.Membaca doa iftitah.
4.Membaca ta’wuz iaitu A’uzubillah memohondaripada Allah daripada gangguan syaitan.
5.Membaca surah al-Fatihah dan surah lainselepasnya dengan suara yang kuat pada rakaatpertama dan kedua.
6.Membaca Amin selepas membaca surah al-Fatihah.
7.Membaca surah atau beberapa ayat al-QuranSelepas bacaan al-Fatihah.
8.Membaca takbir ketika rukuk,sujud,dudukantara dua sujud dan bangun daripada sujud.
9.Membaca ‘sami’allahu liman hamidah’ketika iktidal.
10.Membaca tasbih ketika rukuk sebanyak tigakali.
11.Membaca tasbih ketika sujud sebanyak tigakali.
12.Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lalikaki kiri.
13.Duduk tawaruk iaitu duduk ketika tahiyat akhir.
14.Memberi salam yang kedua.

PERKARA SUNAT,HARUS KETIKA BERPUASA

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa:
1. Menyegerakan berbuak puasa.
2. Berdoa ketika berpuasa.
3. Berbuka dengan buah kurma atau benda yang manis.
4. Melambatkan makan sahur.
5. Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
6. Mengerjakan solat sunat Tarawikh pada setiap malam Ramadan.
7. Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
8. Memperbanyakkan sedekah.
9. Menjamu orang berbuka atau menghantarkanmakanan untuk berbuka puasa di masjid atau disurau.
10. Iktikaf di masjid pada sepuluh yang akhirbulan Ramadan.

Perkara yang harus ketika berpuasa:
1. Menjirus air ke atas kepala.
2. Menitikkan sesuatu kedalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.
3. Makan ,minum dan berjimak pada malam hari sehingga terbit fajar.
4. Merasa makanan tanpa menelannya.

Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan Ramadan.
1. Solat sunat Tarawikh.
2. Tadarus Al-Quran.
3. Bersedekah.
4. Memperbanyakkan amal soleh.

Tingkatan orang yang berpuasa:
1. Puasa golongan awam.
2. Puasa golongan Alul Khawas.
3. Puasa golongan Ahlul Ma’rifat.

PUASA RAMADAN

Pengertian Puasa:
Puasa dari segi istilah bahasa ialah menahan diri.Dari segi istilah syarak pula menahan diri dari makan dan minum berserta menahan daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puas dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan berniat pada malam harinya.Puasa adalah rukun islam yang ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap orang islam yang cukup syaratnya.Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadan semua umat islam menyambutnya dengan rasa gembra kerana munculnya satu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.Sepanjang bulan Ramadan semua umat islam berpuasa dan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah dalam merebut peluang ganjaran pahala dan keredaan daripada Allah Taala pada bulan itu.Ibadat puasa juga adalah setinggi amalan dalam mendekatkan diri seseorang dengan Allah Taala.

Hikmah Puasa:
1. Sabar.
2. Prihatin dan belas kasihan .
3. Mengenali erti kejayaan sebenar.
4. Menjaga masa.
5. Membentuk disiplin diri.
6. Memelihara fizikal dan mencergaskan minda.
7. Sifat ikhlas.
8.Memperkukuhkan kesatuan umah.

Syarat-syarat wajib puasa:
1.Islam.
2.Baligh.
3.Mampu berpuasa.

Syarat sah puasa:
1.Islam.
2.Mumaiyiz.
3.Suci daripada haid dan nifas.

Rukun puasa:
1.Niat pada malam harinya.‘Aku berpuasa esok hari menunaikan puasa fardu bulan Rmadan pada tahun ini kerana Allah Taala’.
2.Menahan diri daripada makan dan minumserta perkara yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara yang membatalkan puasa:
1.Makam dan minum dengan sengaja.
2.memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
3.Muntah dengan sengaja.
4.Keluar darah haid dan nifas.
5.Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6.Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
7.Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
8.Melakukan persetubuhan pada siang hari.
9.Bersalin.
10.Gila.
11.Murtad.

Orang yang tidak wajib berpuasa:
1.Orang kafir.
2.Orang murtad.
3.Orang sakit.
4.Orang musafir.
5.Orang yang tersangat tua
.6.Perempuan yang sedang haid dan nifas.
7.Perempuan hamil atau sedang menyusukan anak.
8.Orang yang terlalu lemah badannya.

Adab ketika berpusa:
1.Mejauhkan diri daripada mengumpat,mencela,mencaci, maki hamun dan sebagainya.
2.Mengurangkan dan minum ketika berbuka dan makansahur.
3.Mengurangkan tidur terutamanya pada siang hari.
4.Menahan hati dan fikiran daripada memikirkankeinginan-keinginan yang hina dan kotor.
5.menanamkan rasa penuh harapan terhadap segala amalibadat yang dilakukan semoga dibalas Allah denganbalasan yang setimpal.

Makruh ketika berpuasa:
1.Berkumur-kumur dan menggosok gigi setelah gelincirMatahari.
2.Berlebih-lebihan memasukkan air ke dalam hidung.
3.Mengeluarkan kata yang kotor dan sia-sia.
4.Berbekam jika berbekam itu melemahkan badan.
5.Mencium bau-bauan.
6.Merasa makanan dengan lidah.
7.Menggigit atau mengunyah benda keras.

RUKUN SOLAT

Rukun Solat:
1.Berdiri betul .
2.Niat.
3.Takbiratul Ihram.
4.Membaca Al-Fatihah.
5.Rukun serta thoma’minah.
6.Iktidal serta thoma’minah.
7.Sujud dua kali serta thoma’minah.
8.Duduk antara dua sujud serta thoma’minah.
9.Duduk tahiyat akhir.
10.Membaca tahiyat akhir.
11.Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad.
12.Salam yang pertama.
13.Tertib.

Perkara membatalkan Solat.
1.berkata-kata dengan sengaja lain daripadamembaca Al-Quran,zikir atau doa.
2.Melakukan perbuatan selain daripadapelakuan solat.
3.Berhadas sama ada hadas kecil atau besar.
4.Badan atau pakaian terkena najis.
5.Terbuka aurat walaupun tidak disengajakan.
6.Mengubah niat.Umpamanya seseorang ituSolat fardu Subuh kemudian ditukar niatnyaKepada solat sunat.
7.Membelakangkan kiblat.
8.Makan walaupun sedikit seperti menelansebiji nasi.
9.Minum seperti menelan air liur yang masihlagi terasa manisnya.
10.Ketawa dan menangis.
11.Murtad iaitu keluardaripada agama islam.
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ini adalah titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap tuhan dengan hati bersih memperoleh kejayaan.Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh elakkan begitu sahaja. Solat jenazah adalah fardu kifayah ke atas umat islam. Dengan adanya sebahagian umat islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis. Ramai generasi muda tidak tahu cara menguruskan jenazah dan menyerahkan sepenuhnya kepada golongan tua untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ibu atau ayah kita meninggal dunia, tergamaklah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu untuk melaksanakannya.Dalam mengerjakan solat jenazah,yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.

Hukum solat jenazah ini adalah fardu kifayah seperti hal menguruskannya.
1. Cara mengerjakan solat jenazah.- Bagi jenazah lelaki,imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.- Bagi jenazah perempuan,imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.- Tempat mengerjakan solat jenazah,dibolehkan di dalam masjid,di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempat itu luas dan bersih.
2. Rukun solat jenazah.-Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan.-Berdiri bagi yang berkuasa.-Bertakbir empat kali.-Salam.
3. Lafaz niat solat jenazah.
(a) Lafaz niat solat jenazah lelaki secara berjemaah dan menjadi makmum:Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.
(b) Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara berjemaah dan menjadi makmum:Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.
3. Bacaan dan doa dalam solat jenazah.
(a) Takbir yang pertama.(b) Takbir yang kedua.(c) Takbir yang ketiga.(d) Takbir yang keempat.

SOLAT JUMAAT

Pengertian solat jumaat ialah solat yang dilakukan pada hari Jumaat dalam waktu Zuhur sebanyak dua rakaat secara berjemaah dan didahului dengan dua khutbah.Solat Jumaat adalah solat yang diwajibkan oleh agama islam pada hari Jumaat dengan syarat-syarat yang ditentukan.Solat Jumaat hendaklah dilakukan secara berjemaah di masjid atau suatu tempat yang ditetapkan oleh pemerintah dan bilangannya mecukupi 40 orang lelaki.Cara mengerjakan solat Jumaat sama seperti solat lain sebanyak dua rakaat dengan lafaz niat.
Sunat Jumaat:
1. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solatJumaat.
2. Memakai pakaian yang serba putih danbersih.
3. Memotong kuku dan rambut.
4. Memakai bau-bauan.
5. Bersedekah.
Hikmah solat Jumaat:
1. Dapat mempereratkan tali persaudaraan Islam dalam sesebuah masyarakat.
2. Dapat mendengar nasihat dan pengajaran yang disampaikan dalam khutbah.
3. Meningkatkan syiar Islam di mana umat islam berkumpul seminggu sekali untuk beribadah kepada Allah.
4. Melambangkan kesatuan islam,iaitu semua yang hadir hanya mengikut seorang imam saja.
Solat berjemaah:Pengertian solat berjemaah ialah solat yang dilakukan oleh dua orang atau lebih secara bersama dengan niat mengikut imam dan hukumnya adalah sunat mua’kkad iaitu dituntut melakukannya.Sekurang-kurangnya solat berjemaah itu seorang imam dan seorang makmum.
Syarat sah berjemaah:
1. Makmum hendaklah berniat mengikuti imam.
2. Makmum hendaklah mengikuti imamnya dalam segala pekerjaan dan tidak boleh mendahului imam walaupun dengan satu perbuatan sekalipun.
3. Makmum mengetahui gerak-geri perbuatan imam.
4. Berhimpun imam dan makmum pada satu tempat.
5. Makmum hendaklah terbelakang sedikit daripada imam di sebelah kanan sekiranya makmum seorang dan di belakang imam kiranya jumlah yang ramai.
6. Susunan saf yang betul dengan didahului saf lelaki dewasa,kanak-kanak lelaki dan saf perempuan.
7. Imam tidak terpengaruh oaleh solat orang lain.
8. Bersamaan perbuatan solat antara solat imam san makmum.
9. Lelaki berimamkan lelaki,tidak dibolehkan lelaki berimamkan perempuan.

BERSUCI ASAS KEBERSIHAN

PENGERTIAN

●BERSUCI DARI SEGI BAHASA IALAH MEMBERSIHKAN SESUATU DARIPADA KEKOTORAN.


●BERSUCI DARI SEGI ISTILAH IALAH MEMBERSIHKAN DIRI PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA HADAS Benda Kotor:ISLAM MENGANJURKAN UMATNYA SUPAYA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESUCIAN. IA HENDAKLAH DIJADIKAN BUDAYA HIDUP UMAT ISLAM .OLEH ITU, ISLAM MENUYURUH KITA SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA- PERKARA KOTOR DAN KEJI.nBENDA-BENDA KOTOR YANG NAJIS ADALAH SEPERTI ANJING,BABI,DARAH,BANGKAI DAN TAHI NAMUN ADA BENDA YANG KELIHATAN KOTOR TETAPI BUKAN NAJIS SEPERTI LUMPUR.DAN NAJIS.AKIBAT MENGABAIKAN KEBERSIHANMERENDAHKAN MARUAH UMAT ISLAM .TIDAK SELESA BERGAUL.TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH.INDUSTRI PELANCONGAN TERJEJAS.MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT.PERBANDINGAN AMALAN DI ANTARA ORANG YANG BERSIH DAN ORANG YANG PENGOTOR.AMALAN ORANG YANG MENJAGA KEBERSIHAN:MEMASTIKAN MAKANAN YANG DIAMBIL HALAL DAN BERKUALITI.SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI,MAKANAN,PAKAIAN,PERSEKITARANDAN IKIRAN.IDAK MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA.SENTIASA DALAM KEADAAN BERWUDUK.SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF DAN BERMOTIVASI.BERAKHLAK DAN BERBUDI PEKERTI YANG MULIA. AMALAN ORANG YANG PENGOTOR :MAKAN MAKANAN YANG HARAM,SYUBAHAH DAN TIDAK BERKUALITI.TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI,MAKANAN,PAKAIAN,PERSEKITARAN DAN FIKIRAN.MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA.SENTIASA DALAM KEADAAN KOTOR.SENTIASA BERFIKIRAN NEGATIF DAN MALAS.BERTINGKAH LAKU BURUK ATAU TIDAK SOPAN.HIKMAH BERSUCIMENCERGASKAN JASMANI DAN MENCERDASKAN MINDA.KELUARGA AKAN HIDUP HARMONI DAN SELESA.MASYARAKAT TERHINDAR DARIPADA PENYAKIT.MURID-MURID DAPAT BELAJAR DENGAN SELESA.EKONOMI MASYARAKAT DAPAT DITINGKATKAN.BAHAN BERSUCIAIR MUTLAK:AIR PAIP,AIR HUJAN,AIR LAUT,AIR SUNGAI,AIR PERIGI,AIR MATA AIR,AIR EMBUN,AIR SALJI ATAU AIR BATU.
■TANAH ATAU DEBU YANG SUCI UNTUK BERTAYAMUM.


■BENDA YANG KESAT SEPERTI BATU, KAYU, KERTAS DIGUNAKAN UNTUK ISTINJAK.


■ BAHAN YANG BOLEH MENGHILANGKAN DARAH DAN LENDIR YANG ADA PADA KULIT BINATANG KETIKA MENYAMAK SEPERTI BAHAN KIMIA DAN TAWAS.

NAJIS

PENGERTIAN NAJIS
●NAJIS DARI SEGI BAHASA IALAH BENDA-BENDA KOTOR DAN JIJIK.


●NAJIS DARI SEGI ISTILAH IALAH KOTORAN YANG MENYEBABKAN TIDAK SAH SOLAT DAN IBADAT-IBADAT LAIN.JENIS-JENIS NAJIS


●NAJIS MUHAFFAFAH:AIR KENCING KANAK-KANAK LELAKI YANG BERUMUR DIBAWAH DUA TAHUN YANG MINUM SUSU IBUNYA SAHAJA.


●NAJIS MUTAWASITAH:SEPERTI DARAH,TANAH,BANGKAI TAHI DAN SELAINNYA.


●NAJIS MARALLAZAH: ANJING,BABI DAN KEKOTORANNYA.CARA MENYUCI NAJIS


●NAJIS MUHAFFAFAH:LAP TEMPAT KENA KENCING DAN RENJIS DENGAN AIR MUTLAK.


●NAJIS MUTAWASITAH:BUANGKAN NAJIS DAN BASUH DENGAN AIR MUTLAK SEHINGGA HILANG BAU,RASA DAN WARNA.


●NAJIS MURALLAZAH:BUANG NAJIS DAN BASUH DENGAN AIR MUTLAK SEBANYAK TUJUH KALI.SATU BASUHAN DARIPADANYA DENGAN AIR BERCAMPUR TANAH(SERTU

ISTINJAK

PENGERTIAN DAN HUKUM

ISTINJAK IALAH PERBUATAN MEMBERSIHKAN KUBUL (KEMALUAN) DAN SELEPAS MEMBUANG AIR BESAR ATAU AIR KECIL DENGAN MENGGUNAKAN ALAT-ALAT TERTENTU.HUKUM BERISTINJAK ADALAH WAJIB.


ALAT-ALAT ISTINJAK
§AIR MUTLAK:AIR HUJAN, AIR PAIP, AIR TELAGA, AIR LAUT, AIR SUNGAI, AIR SALJI, AIR MATA AIR DAN AIR EMBUN.


■ BENDA KESAT:KERTAS, TIISU, DAUN KERING, KAYU DAN BATU.BAHAN-BAHAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK BERISTINJAK.KERTAS ATAU BAHAN YANG BERTULIS AYAT AL-QURAN ATAU HADIS NABI.TAHI KAMBING DAN TAHI LEMBU.ROTI, BISKUT ATAU BUAH-BUAHAN.PLASTIK DAN GULI.KACA DAN BULUH.SYARAT-SYARAT ISTINJAK DENGAN BENDA KESATBERSIH DAN KERING.NAJIS YANG ADA PADA KUBUL ATAU DUBUR BELUM KERING.NAJIS YANG KELUAR TIDAK MELELEH KETEMPAT LAIN SEPERTI PEHA ATAU BETIS.TIDAK ADA BENDA YANG MELEKAT DITEMPAT KELUAR NAJIS SEPERTI DEBU DAN TANAH.Cara-cara istinjak§MENGGUNAKAN BATU DAN AIR-BERSIHKAN TEMPAT KELUAR NAJIS DENGAN TIGA BIJI BATU DAN SEBIJI BATU YANG MEMPUNYAI TIGA BUCU. SETELAH ITU,BASUH DENGAN AIR MUTLAK SEHINGGA BERSIH MENGGUNAKAN AIR-BASUH TEMPAT KELUAR NAJIS DENGAN AIR MUTLAK SEHINGGA BERSIH.


■MENGGUNAKAN BENDA-BENDA KESAT-BERSIHKAN TEMPAT YANG KENA NAJIS DENGAN BENDA KESAT SEPERTI KERTAS DAN TISU HINGGA BERSIH.HIKMAH ISTINJAKDIKASIHI OLEH ALLAH.DAPAT MELAKUKAN IBDADAT DENGAN KHUSYUK.TERHINDAR DARIPADA PENYAKIT.MENYEGARKAN BADAN DAN MEMBEERIKAN KETENANGAN JIWA.MEMBERI KESELESAAN KEPADA DIRI DAN ORANG LAIN.MELAHIRKAN INDIVIDU YANG SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN.


Konsep Muslim dan Mu'min

OBJEKTIF

MEMBERI PENGERTIAN ISLAM,IMAN,DAN IHSAN MENYATAKAN DALIL NAQLI MENGENAI ISLAM,IMAN,DAN IHSANMENJELASKAN SIFAT-SIFAT MUSLIM DAN MU’MIN SERTA PERBEZAAN DI ANTARA KEDUA-DUANYAMENYENARAIKAN CIRI-CIRI MUHSAN YANG SEJATI.

ISLAM

ISLAM PADA BAHASA ADALAH SEJAHTERA,SELAMAT,AMAN DAN MENYERAH.PADA SYARA’ PULA MENYERAH DIRI KEPADA ALLAHIMAN•

IMAN

PADA BAHASA IALAH PERCAYA DAN YAKIN.PADA SYARA’ PULA MENGAKU DENGAN LIDAH,MEMBENARKAN DALAM HATI DAN MENGAMALKAN SEGALA PERINTAH ALLAHIHSANIHSAN PADA BAHASA ADALAH MEMBUAT KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN,MANAKALA PADA SYARA’ PULAIALAH KESUNGGUHAN,KETEKUNAN DAN KEIKHLASAN DALAM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN.

Tiada ulasan: