Ilmu dan 
zikir dapat memandu kita agar mempunyai ilmu untuk mengenal pasti yang 
mana satu perintah Allah s.w.t. yang perlu kita laksanakan dan yang mana
 perlu kita tinggalkan. Kita harus mencari ilmu dengan belajar dari 
guru-guru mursyid serta buku-buku agama terutama berkaitan fazilah 
sesuatu amal ibadah. Dan ilmu terbahagi kepada dua yakni ilmu masa'il 
dan fadha'il. Masa'il ialah kita mendapatkan guru samaada di masjid atau
 lain-lain tempat dan seharusnyalah guru itu yang mengamalkan sunnah wal
 jama'ah sementara fadha'il pula boleh kita dapati dari buku atau kitab 
terutama berkaitan fadhilat sesuatu amalan.
Dengan 
ilmu kita dapat membezakan perintah yang diutamakan, mithalnya solat 
sunat tahayat masjid, bila boleh dan bila tak boleh serta lain-lain 
amalan yang mana perlu didahulukan dan yang mana pula perlu 
ditinggalkan. Ini juga bermakna kita beramal seperti-mana para sahabat 
r. anhum beramal.
Seorang 
yang berilmu lebih takuti oleh syaitan berbanding seribu abid, abid 
ialah ahli ibadah. Begitulah sabda Nabi s.a.w. dalam hal ilmu.
Sementara
 zikir pula dapat menghubungkan kita kepada Allah ta'ala dan dengan 
berzikir kita bukan sahaja memperolehi pahala yang dijanjikan bahkan 
kita juga dapat menarik Rahmat Allah ta'ala. Untuk mendapatkan bantuan 
Allah ini kita perlu selalu berzikir.
Orang 
yang berzikir umpama hidup disisi Allah sementara orang yang tidak 
berzikir umpama mati disisi Allah. Oleh kerana itulah Saiyidina Ali k.a.
 hanya dengan bersaorang diri mampu menentang musuh kerana musuh yang 
ditentangnya itu adalah orang-orang kafir yang pastinya tidak berzikir 
dan sudah pasti menentang orang yang sudah mati. Dengan mudah Saiyidina 
Ali k.a. memenggal kepala musuhnya satu demi satu kerana bantuan Allah 
telah datang.
Untuk mendapatkan hakikat ilmu dan zikir ini kita kena beramal dengannya. Zikir yang paling mudah ialah;
1. Subhanallah walhamdulillah walaillahailallah Allahu akbar sebanyak 100 kali
2. Selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 100 kali dan
3. Istighfar sebanyak 100 kali
Semua zikir ini berjumlah 300 dan mesti diamalkan pada setiap hari selepas solat suboh 300 dan selepas solat asar 300.
Kemudian 
kita juga harus berdoa minta pada Allah sampai nangis-nangis sewaktu 
selesai solat tahajud minta pada Allah ta'ala agar hakikat ilmu dan 
zikir ini dapat Allah ta'ala campakkan kedalam hati kita.
Hakikat 
yang ke empat ialah 'Ikhlas Niat' dimana kita memeriksa sejauh-mana 
keikhlasan niat kita kepada sesuatu amalan tersebut samaada amalan 
sedekah maupun amal ibadat kita dengan Allah. Cara nak periksa 
keikhlasan  ada tiga tempat yakni periksa sebelum amalan itu dilakukan 
kemudian semasa amalan itu dilakukan dan akhirnya selepas amalan itu 
kita lakukan. Kita sendiri yang periksa keikhlasan kita itu.
Memang susah hendak periksa diri sendiri tentang keikhlasan diri sendiri, tapi apabila amalan itu berterusan barulah kita dapat membezakan amalan kita yang mana satu yang keikhlasannya mampan. Keikhlasan itulah yang disukai oleh Allah azza wajalla.
Sememangnya ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsia milik Allah. Tanpa usaha pasti tidak kemana bahkan keikhlasan itu tidak kuat dan hanya dengan meneruskan amalan sambil memeriksa di ketiga-tiga tempat barulah sedikit demi sedikit keikhlasan itu datang. Keikhlasan dating dipermulaannya tanpa mengharap ada orang puji selain Redha Allah, ia datang lagi semasa amalan sedang dilakukan tanpa menghiraukan samada dilihat orang atau tidak dan keikhlasan muncul lagi selepas amalan itu dilaksanakan.
Namun begitu keikhlasan mungkin tidak kekal dalam keikhlasan sebab ada diantara amalan yang baik itu telah disebut dengan lidah sendiri bahawa pada sekian-sekian masa dia telah melakukan amalan sekian-sekian. Pada waktu itu semua amalan baiknya itu ditolak jadi kosong. Itulah makna keikhlasan yang perlu diperiksa sebanyak tiga kali pada tiga tempat dan waspadalah terutama setelah lama amalan itu dilakukan maka syaitan menghasut agar kita menyebut amalan itu dikhalayak.
Untuk mendapatkan hakikat ikhlas niat inipun kita kena buat amalan tak kira saada ianya amalan sedekah atau amal ibadat dan jangan lupa meminta pertolongan Allah. Dalam sujud akhir solat tahajut mintalah, rayulah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan tambah dengan menangis yang betul-betul nangis. Mudah-mudahan Allah campakkan hakikat ikhlas niat ini dalam diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan