Kosmo Online, Tarikh 18 Mei 2010
KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit. (Kosmo)
Pandangan Ustaz
Malu-malu apabila membaca artikel surat khabar ini. Saya sebagai seorang guru agama sangat jijik apabila mengetahui bahawa seorang pendidik yang berstatuskan ustazah mengadakan hubungan seks dengan warden asrama. Ini sekaligus memberikan tanggapan sangat negatif masyarakat kepada semua ustaz dan ustazah dengan mengatakan “ustaz dan ustazah juga tak betul macam mana nak ajar orang”.
Berat apabila memegang status ustaz dan ustazah ini, kerana kesalahan kecil yang dilakukan akan dianggap besar oleh masyarakat. Sepatutnya sebagai seorang guru agama wajib mempertimbangkan setiap perbuatannya dahulu, kerana masyarakat sentiasa memerhatikannya. Inilah bahananya kalau setiap perbuatannya didahulukan dengan nafsu yang sentiasa bersahabat dengan syaitan. Alangkah baiknya jika setiap perbuatannya didahulukan dengan pertimbangan iman di dadanya, nescaya tidak akan sesat di dunia dan di akhirat.
Jadikan kerjaya sebagai seorang ustaz dan ustazah sebagai kewajipan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada semua masyarakat dan bukan sebagai kerjaya untuk memperolehi gaji yang lumayan dan tiada kerja lain yang boleh dibuat melainkan menjadi ustaz dan ustazah. Niat mulanya sudah tidak betul, maka tidak hairanlah kalau kita dengar ustazah melakukan maksiat seperti orang lain. Ini adalah disebabkan oleh individu berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap gelarannya sebagai seorang ustaz dan ustazah. Ini yang dikatakan sebagai penyakit masyarakat, harapkan ustazah dan ustaz sebagai pendidik tetapi mereka juga diibaratkan sebagai ketam yang mengajar anaknya berjalan bengkok. Apa-apapun kita berdoalah kepada mereka supaya kembali ke jalan yang benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan