Sapa kata kita tak kenang jasa Polis dan juga tentera yang bertugas untuk menjaga keamanan negara. Persoalannya sekarang kenapa hari ini pasukan Polis dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada satu 'trademark' diberikan kepada mereka secara umum, yaitu rasuah. Malah di kalangan masyarakat Islam yang kuat agamanya tidak akan membenarkan anak-anak mereka menjadi Polis.
Hishamuddin selaku Menteri KDN perlu sedarlah sebelum menyuruh rakyat hormat dan kenang jasa Polis, adalah lebih baik perbetulkan diri sendiri dan juga pasukan di bawah jagaannya.
Selama ini siapa yang memperalatkan Polis untuk kepentingan politik? UMNO atau pembangkang? Siapa yang dok belasah pemimpin pembangkang dan rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini? Siapa yang dok ajar Polis bertindak kasar terhadap rakyat yang menyokong pembangkang? Siapa yang dok belasah banduan yang ditahan reman sehingga mati? Siapa yang melakukan pembunuhan dalam Peristiwa Memali? Siapa yang dok belasah Anwar Ibrahim dengan niat bunuh dalam tahun 1998 dulu?
Dalam isu rampasan kuasa di Perak, kenapa Polis digunakan untuk menghalalkan perancangan keji UMNO? Kenapa KPN Musa Hasan yang didakwa terlibat dengan sendiket dadah, ah long, pelacuran, perjudian dan kongsi gelap tidak dipecat?
Bayangkanlah, kalau dah Ketua Polis Negara sendiri boleh menjadi pelindung kepada big boss sendiket haram, macamanalah rakyat nak respect kat PDRM?
Tengok saja kes bunuh adik Aminulrasyid. Kenapa KPN masih nak berdolak-dalih. Kenyataan yang dibuat begitu jelas cuba nak melindungi kesalahan jenayah anggotanya. Seharusnya sebagai seorang KPN, beliau mesti bertindak tegas dalam kes sebegini, bukannya mencipta pelbagai alasan. Lepas tu boleh cakap macam orang tak berakal "Kalau rakyat dah tak percaya kat Polis, saya akan arahkan anggota Polis tak perlu lagi buat rondaan dan benteras jenayah." Apa... si Musa ingat dia ke yang bayar gaji Polis. Gaji dia sendiri pun dibayar oleh rakyat.... Cakap macam orang bodoh.
Hishamuddin tak perlu nak susah payah minta masyarakat kenang jasa Polis. Perlu diingat, selagi UMNO yang menerajui negara, maka jangan diharaplah rakyat mahu hormat kepada PDRM.
Rakyat juga sedar bukan semua anggota Polis yang berperangai macam Musa Hasan. Dan memang ada pegawai dan anggota Polis yang bersih dan baik. Cuma jumlahnya terlampau kecil. Nisbahnya 1 daripada 1,000. Namun Hishamuddin perlu sedar yang selama ini UMNO-lah yang bertanggungjawab mendidik dan merosakkan iemj serta integriti PDRM, SPRM, Kastam, SPR dan lain-lain agensi yang terlibat dengan rasuah.
Sudah terlampau banyak kebobrokan PDRM. Terlalu amat sukar untuk rakyat memaafkan Polis yang dilihat bukan lagi menjalankan tugas utamanya sebagai pasukan keselamatan tapi lebih kepada menjaga dan melindungi kuasa politik, jenayah, penyelewengan para pimpinan UMNO.
Hishamuddin kena beri penjelasan kepada rakyat beberapa persoalan ini ;
1- Kenapa sepupunya PM Najib dan Rosmah tidak dipanggil PDRM dalam kes pembunuhan Altantuya walhal mereka memang terlibat berdasarkan beberapa fakta?
2- Kenapa Zahid Hamidi tidak dipanggil oleh Polis dalam kes memukul seorang pemuda Kelantan yang berkawan dengan anaknya?
3- Kenapa Polis boleh jadi 'bodoh' dalam menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock?
4- Kenapa Polis terus diperalatkan dalam kes fitnah Liwat 2?
5- Kenapa Polis digunakan dalam rampasan kuasa di Perak?
... dan banyak lagi bukti yang menunjukkan Polis hari ini menjadi pecacai UMNO?
Waima apa pun, selepas Musa Hasan berhenti, UMNO akan pastikan pengganti Musa mesti daripada kalangan orang yang boleh diperbudakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan